Wednesday 28 December 2011

MESYUARAT KURIKULUM 1 / 2012

Mesyuarat kurikulum pertama 2012 ini telah dipengerusikan oleh Puan Rohana binti Ahmad, Guru Penolong Kanan 1 dan telah diadakan di Bilik Gerakan sekolah pada jam 8.30pagi. Pelbagai agenda dan isu telah dibincangkan di dalam mesyuarat ini dan antara harapan Puan Rohana binti Ahmad adalah agar guru-guru sentiasa memberikan komitmen yang tinggi bagi meningkatkan prestasi sekolah.

Friday 9 December 2011

PERTANDINGAN KOIR KOD TANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Pertandingan Koir Kod Tangan Kebangsaan 2011 yang diadakan di adakan di Perak pada 14, 15, 16 dan 17 November 2011. Sekaligus mencatat rekod Malaysia Book of Records untuk peserta koir kod tangan yang ramai secara serentak. Peserta kumpulan koir JEMARI dari negeri Pahang berjaya mendapat tempat keempat.



PERTANDINGAN APRESIASI KESENIAN 2011

Kontijen Pahang telah menghantar seramai 12 peserta tarian dari SKPKK untuk menyertai Pertandingan Tarian Apresiasi Kesenian yang telah dijalankan di negeri Terengganu. Walaupun tidak mendapat tempat teratas dalam pertandingan tarian, kami telah berjaya merangkul tempat ke dua, ketiga dan kelima dalam pertandingan mewarna yang telah disediakan oleh pihak penganjur.



Thursday 8 December 2011

MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR

Majlis Tautan Kasih telah diadakan pada 1 November 2011 sempena berakhirnya perkhidmatan guru besar sekolah kami, Pn Hjh Naemah bt Hj Ali. Majlis diadakan di perkarangan dewan terbuka sekolah dengan dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, suami yang dirai, rakan-rakan guru besar serta seluruh warga SKPKK. Puan guru besar mengakhiri perkhidmatan beliau dengan 'punch card' terakhir dan diarak menaiki bas sekolah bersama warga SKPKK hinga ke rumah beliau.



Bertemu dan berpisah adat manusia biasa,
Hilang dimata namun di hati tidak lupa,
Berdoalah kita agar aman dan sentosa,
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa....