Wednesday 7 September 2011

MAJLIS PENUTUP IHYA' RAMADHAN

Majlis Penutup Ihya' Ramadhan dan Khatam Al-Quran telah di adakan pada 26 Ogos 2011 (Jumaat). Majlis bermula pada jam 10.15 pagi dimulakan dengan khatam Al-Quran. Seramai 21 orang guru dan staf telah bersama-sama melengkapkan khatam Al-Quran ini dan diakhiri dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai. Seterusnya, puan guru besar dialu-alukan untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang menang di dalam pertandingan Ramadhan sepanjang bulan yang mulia ini.

Bagi penutup majlis ini, pihak sekolah telah menyumbangkan duit raya kepada semua murid dan sesi bermaafan diantara guru murid dan staf SK Pendidikan Khas Kuantan.




MAJLIS SAMBUTAN MERDEKA KE-54

Pada 26 Ogos 2011 (Jumaat), SK Pendidikan Khas Kuantan telah mengadakan satu majlis sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54. Majlis berlangsung di perkarangan dewan terbuka sekolah. Semua guru, murid dan PPM berkumpul dan majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Suhardi.

Acara diteruskan dengan nyanyian 5 buah lagu patriotik serta lagu Negaraku dan Negeri Pahang. Acara kemudiannya diambil alih oleh unit Bimbingan Dan Kaunseling, Panitia Kajian Tempatan dan Panitia Sivik. Murid dibimbing untuk membuat topi 1 Malaysia. Selepas menghasilkan topi 1 Malaysia, Panitia Pendidikan Seni Visual mengambil alih aktiviti dengan mengadakan pertandingan ' Warnai Malaysiaku'. 10 pemenang akan menerima hadiah pada waktu perhimpunan mingguan yang akan datang.