Thursday 21 July 2011

UJIAN KOD TANGAN

Pada 21 Julai 2011, Panitia Komunikasi Seluruh telah menganjurkan satu ujian bertulis kod tangan Bahasa Melayu. Ujian ini bertujuan untuk menyelaraskan penggunaan kod tangan di sekolah disamping dapat mempertingkatkan lagi mutu dan kefahaman pengguna. Semua guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) adalah wajib menjalani ujian ini.





PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2011

Peperiksaan Percubaan UPSR Tahun 6 2011 telah dijalankan mulai hari Isnin (18 Julai 2011) hingga Khamis (21 Julai 2011). Seramai 11 orang calon murid mengambil peperiksaan tersebut pada tahun ini. 





Monday 18 July 2011

PERTANDINGAN KTBM

Pertandingan kod tangan Bahasa Melayu telah dijalankan bermula pada 11 Julai hingga 15 Julai 2011. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Komunikasi Seluruh dan semua murid layak menyertai pertandingan ini. Pada 18 Julai 2011 (Isnin), hadiah telah dianugerahkan kepada para pemenang yang telah disampaikan oleh Puan Guru Besar.



Thursday 14 July 2011

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN SEKOLAH-SEKOLAH PAHANG

Kunjungan tetamu dari COLAC SECONDARY COLLEGE, AUSTRALIA pada 13 Julai 2011. Deligasi seramai 5 orang guru dan 25 orang murid. Tujuan kunjungan mereka ke SK Pendidikan Khas ialah untuk membuat kerja-kerja amal.




PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI


Pada 8 dan 9 Julai 2011 yang lalu, sekolah telah menghantar 4 orang wakil untuk menyertai pertandingan khat dan bercerita kisah nabi sempena Majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri Pahang. Pertandingan tersebut telah dilangsungkan di Sekolah Clifford Kuala Lipis, Pahang.

Adik Mohd Azrul Anuar telah berjaya merangkul gelaran johan dalam pertandingan bercerita kisah nabi (lelaki). Adik Nur Aina juga berjaya bergelar johan bercerita kisah nabi (perempuan). Manakala dalam pertandingan khat pula, adik Wan Mohamad Arif berjaya mendapat tempat pertama dan adik Nur Ain Nazifah pula mendapat tempat ketiga dalam pertandingan khat (perempuan).

Seluruh warga SKPKK mengucapkan tahniah kepada keempat-empat pemenang dan sekalung ucapan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah membimbing mereka.

TEMASYA SUKAN SEKOLAH 2011

Temasya Sukan Sekolah 2011 telah diadakan pada 3 Julai 2011 yang lalu bertempat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad, Kuantan. Acara bermula pada jam 8.00 pagi dimulakan dengan perbarisan rumah sukan, ikrar wakil murid, ucapan Puan guru besar dan perasmian oleh yang berbahagia YDP PIBG, En Rusdi bin Abd Halim.





Olahragawan tahun 2011 dirangkul oleh adik Ahmad Nurawi dan olahragawati pula ialah adik Siti Anati Amirah. Johan perbarisan dimenangi oleh pasukan rumah Marikh dan johan keseluruhan tahun 2011 di sandang oleh pasukan rumah Jupiter. Tahniah bagi semua pemenang.


Sunday 10 July 2011

1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA telah dijalankan serentak di seluruh Malaysia pada 2 Julai 2011 (Sabtu). Objektif program ini sebagai menyokong pelaksanaan yang dilancarkan pada peringkat Kebangsaan Pelajaran Malaysia yang menjadi salah satu acara program 1Murid 1Sukan.Warga SK Pendidikan Khas Kuantan telah memulakan program tersebut dengan senaman memanaskan badan yang dipimpin oleh adik Ahmad Nurawi, adik Zuhir, adik Mohd Azrul dan adik Kan Xi Zuan.

 Ibu bapa juga turut sama berlari bagi menyokong dan memberi semangat kepada anak-anak.

Puan Guru Besar bersama YDP PIBG bersedia untuk melepaskan murid-murid untuk larian 1 Malaysia.

Sebahagian murid tahap dua yang menyertai program ini.

Tahniah kepada semua yang berjaya melaksanakan larian serentak 1Murid 1 Sukan 1Malaysia.