Pada 21 Julai 2011, Panitia Komunikasi Seluruh telah menganjurkan satu ujian bertulis kod tangan Bahasa Melayu. Ujian ini bertujuan untuk menyelaraskan penggunaan kod tangan di sekolah disamping dapat mempertingkatkan lagi mutu dan kefahaman pengguna. Semua guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) adalah wajib menjalani ujian ini.

Thursday, 21 July 2011
PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2011
Peperiksaan Percubaan UPSR Tahun 6 2011 telah dijalankan mulai hari Isnin (18 Julai 2011) hingga Khamis (21 Julai 2011). Seramai 11 orang calon murid mengambil peperiksaan tersebut pada tahun ini.
Monday, 18 July 2011
PERTANDINGAN KTBM
Pertandingan kod tangan Bahasa Melayu telah dijalankan bermula pada 11 Julai hingga 15 Julai 2011. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Komunikasi Seluruh dan semua murid layak menyertai pertandingan ini. Pada 18 Julai 2011 (Isnin), hadiah telah dianugerahkan kepada para pemenang yang telah disampaikan oleh Puan Guru Besar.
Thursday, 14 July 2011
PROGRAM PENGANTARABANGSAAN SEKOLAH-SEKOLAH PAHANG
PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI
Pada 8 dan 9 Julai 2011 yang lalu, sekolah telah menghantar 4 orang wakil untuk menyertai pertandingan khat dan bercerita kisah nabi sempena Majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri Pahang. Pertandingan tersebut telah dilangsungkan di Sekolah Clifford Kuala Lipis, Pahang.
Adik Mohd Azrul Anuar telah berjaya merangkul gelaran johan dalam pertandingan bercerita kisah nabi (lelaki). Adik Nur Aina juga berjaya bergelar johan bercerita kisah nabi (perempuan). Manakala dalam pertandingan khat pula, adik Wan Mohamad Arif berjaya mendapat tempat pertama dan adik Nur Ain Nazifah pula mendapat tempat ketiga dalam pertandingan khat (perempuan).
Seluruh warga SKPKK mengucapkan tahniah kepada keempat-empat pemenang dan sekalung ucapan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah membimbing mereka.
TEMASYA SUKAN SEKOLAH 2011
![]() |
![]() |
Sunday, 10 July 2011
1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA
1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA telah dijalankan serentak di seluruh Malaysia pada 2 Julai 2011 (Sabtu). Objektif program ini sebagai menyokong pelaksanaan yang dilancarkan pada peringkat Kebangsaan Pelajaran Malaysia yang menjadi salah satu acara program 1Murid 1Sukan.Warga SK Pendidikan Khas Kuantan telah memulakan program tersebut dengan senaman memanaskan badan yang dipimpin oleh adik Ahmad Nurawi, adik Zuhir, adik Mohd Azrul dan adik Kan Xi Zuan.
Ibu bapa juga turut sama berlari bagi menyokong dan memberi semangat kepada anak-anak.
Puan Guru Besar bersama YDP PIBG bersedia untuk melepaskan murid-murid untuk larian 1 Malaysia.
Sebahagian murid tahap dua yang menyertai program ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)